Tingginya darjat seorang isteri-Allah akan tarik berkat jika setitis airmata isteri jatuh kerana dis@kiti suami.

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini.

Di antara rahmat yang didatangkan melalui syariat yang dibawa oleh baginda SAW ialah mengangkat darjat dan martabat wanita kepada satu kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi Islam.

Isteri adalah amanah Allah kepada suami, begitu juga sebaliknya. Apabila disebut sebagai amanah bermakna ia bakal ditanya dan disoal di akhirat kelak. Mengikut Imam al-Ghazali perkara yang paling berat untuk dilaksanakan adalah amanah.

S@kitkan hati isteri boleh berlaku atas banyak sebab dan faktor, tetapi ramai suami yang berpura-pura buat tak nampak dan tak kisah sebab tak nak panjangkan cerita.

Jadi, apa kita nak buat kalau suami selalu sakitkan hati? Dan apa perlu kita lakukan jika isteri tak taat dan suka buat kepala sendiri?

Kekurangan suami, kes@lahan isteri janganlah di ceritakan sana sini. Jangan dikongsi.Bak kata orang tua-tua,jangan dikongsi kisah dalam kain. Jangan menulis sesuka hati di 1G atau FB. Kalau nak luah pada orang lain, pada yang boleh dipercayai.

Kalau m@rah sangat dengan suami pun, minta izin untuk keluar. Nak bawak anak sekalipun, tinggalkan anak sulung dengan suami. Anak sulung itulah yang paling dekat dengan ayah dia. Kalau nampak macam suami pun tak nak dengan anaknya, baru bawa.

Destinasi pertama, bawa ke rumah mak ayah kita. atau mak ayah mertua. Kalau segan, bawaklah jalan-jalan, jarakkan sebentar sementara emosi kita belum stabil. Suami pun sama, jangan keluar macam tu jer.

Ini banyak orang buat. Ada m@salah, yang lelaki cari perempuan lain, dan perempuan pun sama cari kawan lelaki lain. Dua-dua s@lah! Ibarat bagi ikan kat kucing yang tengah lapar. Pastu kalau dah terlanjur, acah-acah pening menyesal tak tau nak buat apa.

Cari Allah masa ni! Kuatkan diri! Bagi telinga dengarkan zikir dan selawat. Dengar ayat suci Al Quran sampai hati itu bersih kembali. Banyakkan istighfar. Sebab d0sa kita yang banyaklah jadi serabut rumahtangga.

Beleklah balik gambar lari-lari kat pantai. Tengok balik memori yang simpan dalam hp tu. Berapa ribu gambar selfie dengan suami dan isteri kita. Sweet kan? setakat di uji, biasalah.

Biasalah tu kak. Cinta perlu di uji untuk kita bahagia. Sembang la redah api tapi baru di uji menggelabah ubi. Tenangkan diri, tengok dalam-dalam pic anak isteri, suami dan anak-anak yang selama ini mengisi dan menemani.

Kehilangan bahagia dalam diri suami isteri itu adalah petanda Allah telah hilang perlahan-lahan dalam hidup kita ini. Bermakna ke hidup ini tanpa Allah di dunia ini?

Pulanglah. Bawalah hati itu menuju kebenaran. Apa Kata Anda.. Mohon maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih! kredit Abu Hurairah Asifa

Leave a Reply