Ustaz Ebit Lew Pohon Doa Semua Mahu Buka 10 Cawangan Pasar Raya

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini.

Meskipun sumbangannya sebelum ini dipertikaikan segelintir pihak, namun ia tidak mematahkan semangat Ustaz Ebit Lew untuk terus berbakti menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan.

Malah, Ustaz Ebit sendiri mendedahkan sumber pendapatannya apabila ada pihak mempersoalkan dimana pendakwah itu mendapat duit dan ada yang menvuduhnya menggunakan duit derma untuk kepentingan diri.

Seperti diketahui, Ustaz Ebit mempunyai 3 cawangan restoran dan mempunyai sebuah butik menjual kurta. Terbaru, Ustaz Ebit meluahkan hasratnya mahu membuka 10 cawangan pasaraya menjual barangan runcit yang diberi nama Elews Mart.

Menerusi perkongsian di Facebo0k itu, Ustaz Ebit memohon doa daripada orang ramai agar hasratnya itu akan tercapai dan semoga menjadi asbab kebaikan.

Perkongsian Ustaz Ebit itu mendapat pelbagai reaksi daripada n3tizen yang menyokong dan menyambut baik hasrat pendakwah itu serta mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

Malah, ramai yang mendoakan semoga pendakwah itu dimurahkan rezeki supaya dapat membantu lebih ramai mereka yang kesusahan. N3tizen juga berkata, dengan pembukaan pasar raya itu sekaligus dapat memberi banyak peluang pekerjaan kepada mereka yang memerlukan.

Jika sebelum ini, Tempahan naik mendadak sehinggakan Ustaz Ebit perlu mencari seramai 100 tukang jahit di kilang pakaiannya bagi memenuhi semua permintaan pelanggan. Terbaru, Ustaz Ebit memaklumkan bahawa sebanyak 10,000 helai pakaian kurta sudah pun disiapkan.

Menurutnya, pakaian sebelum ini sekejap sahaja sudah habis dijual dan baru sahaja menambah banyak lagi jumlah kurta untuk dijual secara online.

Menerusi perkongsian itu, Ustaz Ebit meluahkan rasa syukur dan berterima kasih di atas sokongan serta doa daripada orang ramai. Difahamkan, buat masa ini pembelian hanya boleh dilakukan secara online kerana butik ditutup buat sementara waktu.

Diruangan komen, rata-rata tumpang gembira di atas rezeki melimpah ruah yang diberikan oleh Allah serta mendoakan agar pendakwah dimurahkan rezeki untuk terus berbakti dalam membantu mereka yang memerlukan. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan s@lah.. Terima Kasih! Sumber rotikaya

One comment

  1. Alhamdulillah….satu usaha yg murni ustaz..saya amat menyokong usaha berterusan yg ustaz cuba lakukan yg tanpa mengenal erti penat, give up, fed up & seumpamanya…dlm masa yg sama dapat meningkatkan tahap ekonomi bumiputra , org2 islam melayu terutamanya dlm perniaagaan…jika ada peluang kita boleh bekerjasama dlm perniaagaan yg dirancang ini…saya pun tinggal di kawasan keramat au3, boleh buka cawangan di kawasan ini & cover bberapa area berdekatan spt wangsa maju, setiawangsa, hulu klang, keramat permai…jika ada kesempatan & peluang boleh kita berjumpa & berbincang ustaz untuk memperincikannya lagi…insyaallah (saya juga merupakan businesman dlm sektor construction & memang dlm perancangan mencari peluang perniagaan utk produk2 muslim @ bmf)

Leave a Reply