Ustaz Ebit Sebak Lihat Kehidupan Daif To’ki Tinggal Di Pondok Kecil, Tapi Tak Sangka Disambut Beg1tu

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Baru-baru ini, tul4r mengenai kehidupan daif penyanyi terkenal To’ki bersama isteri tercinta, Sharifah Fairuz Syed Yusof. Perkara itu turut mendapat perhatian pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew yang pergi menziarahi penyanyi itu.

Melihat kehidupan To’ki dan isterinya yang sakit tinggal di sebuah pondok kecil sejak setahun lalu, Ustaz Ebit akui sebak sebaik sahaja tiba di tempat tinggal penyanyi tersebut.

Berkongsikan kisah pertemuannya itu, Ustaz Ebit berkata dia berdebar apabila tiba di lokasi dan dari dari jauh To’ki menyambut kedatangannya kemudian terus memeluknya seolah sudah lama mengenai antara satu sama lain.

“Sebak sayu tadi ziarah To’ki. Best-best lagu. Ramai tag saya di fb berita ini. Saya terus ke sana. Sampai jer dah berdebar kata Allah ke dalam juga ini.

“Sekali sampai pondok ini idah setahun To’ki tinggal bersama isterinya yang sakit. To’ki khidmat jaga dan uruskan isteri kerana isteri tak boleh bergerak sangat,” tulisnya.

Ustaz Ebit berkata dia akan membantu mengusahakan pemasangan paip bagi membolehkan bekalan air dipam dari sungai berdekatan ke kediaman penyanyi itu bagi memudahkan urusan kehidupan harian.

Malah, Ustaz Ebit memberitahu dia turut menghadiahkan sebuah peti sejuk dan mesin basuh buat pasangan tersebut. Dalam pada itu, Ustaz Ebit memaklumkan ada individu akan memberikan kayu pain untuk membina sebuah rumah cantik untuk To’ki dan isteri.

“InsyaAllah akan bantu untuk Tangki dan water pump air sungai dan bilik air. Saya hadiahkan juga peti ais dan mesin basuh. Dari live kami tadi InsyaAllah Hj Hamid dari Kulim akan beri kayu pain untuk buat rumah cantik-cantik. Syukur dapat berkongsi ilmu dan berkasih,” katanya.

Difahamkan, To’ki hanya bergantung pada hasil daripada persembahan di restoran atau majlis kecil. Malah, berharap nasibnya dalam industri muzik tempatan itu masih ada dalam usaha memperbaiki taraf kehidupannya kini. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan s@lah.. Terima Kasih! Sumber Inf0 rotikaya

Leave a Reply