Wajah berseri-seri tanpa solekan cantik semulajadi,1ni petua yang boleh kita amalkan

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini.

Kelihatan cantik secara semula jadi merupakan idaman serta impian setiap wanita. Terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan untuk tetap kelihatan cantik tanpa mengaplikasikan sebarang bentuk alat solek pada wajah.

Sebenarnya, waktu kulit wajah tengah eloklah lagi nak dijaga. Kalau dibiarkan je tak terjaga, jangan nanti gundah gulana pulak, bila lihat kulit wajah mulai tampak kusam, tak berseri, ada garisan halus, parut jerawat dan jeragat pula jelas kelihatan. Semuanya salah sendiri.

Nak jaga kulit wajah tak susah mana.Wajah boleh kembali berseri biarpun tanpa solekan boleh saja menggunakan bahan-bahan semula jadi. Lagi pula, tiada jalan pintas nak nampak cantik. Nak cantik memang wajib kena USAHA macam-macam cara yang serasi dan paling penting kena rajin.

Mari kita lihat bersama antara petua dan amalan dalam Islam yang boleh kita lakukan agar kulit kita ini kelihatan awet muda dan cantik semulajadi.

Sebelum kita mandi dan memberus gigi, urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi tiga kali. Amalkan setiap hari urutan ini.Semasa berdandan di waktu pagi, bacalah selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke bahagian wajah berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Agar wajah tampak muda daripada usia yang sebenar, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Setiap kali selepas solat subuh, bacalah surah Yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja.

Selain dari itu kita juga digalakkan untuk gunakan air pati timun sebagai pencuci muka semula jadi. Air yang dihasilkan dari buah timun dapat membantu menghaluskan dan menegangkan kulit muka.

Kita hanya perlu kisar buah timun dan masukkan sedikit air. Cuci muka seperti biasa dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. Kulit wajah rasa lebih bersih, segar dan sejuk dengan pati buah timun tersebut.

Penggunaan buah tomato amat sesuai digunakan sebagai skin toner atau penyegar wajah. Buah Tomato mampu membantu merawat jerawat, jeragat dan kulit kusam.

Kisar beberapa biji tomato sehingga menjadi pes. Ambil pes dan tekap pada muka selama 10 minit atau bahagian kulit yang tidak sekata.Jika dilakukan setiap hari, ia akan mengecilkan pori-pori di muka menjadikan kulit lebih licin.

Buah Lemon juga miliki khasiat tersendiri untuk kecantikan wajah. Enzim didalam jus lemon membantu membuang sel-sel m@ti pada kulit secara tak langsung mengurangkan warna parut ,melembutkan serta melicinkan kulit wajah. Jus buah lemon ini bagus digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.

Campurkan setengah jus lemon ke dalam satu bekas yang berisi putih telur. Gaul hingga sebati dan sapu pada muka seperti mask. Biarkan 10 minit dan bilas. Lakukan sekali atau dua seminggu.

Jika kita mengalami masalah kulit wajah kering dan tona warna gelap tidak sekata, ia boleh diatasi dengan menggunakan buah sengkuang.Selain memutihkan, mencerahkan, menghilangkan bintik hitam sengkuang juga dapat menegangkan kulit agar kelihatan awet muda.

Kupas buah sengkuang ,seeloknya pilih buah yang bersaiz kecil kemudian parut dan oleskan pada wajah. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu bersihkan dengan air. Lakukan satu atau dua kali seminggu.Hasilnya kulit wajah lebih lembab dan jadi lebih cerah.

Kita juga boleh menggunakan bunga mawar.Ia dapat mengatasi kekeringan dengan melembapkan kulit dan mengatasi kulit yang kemerahan akibat terdedah dengan sinaran matahari. Mawar juga berfungsi untuk mendinginkan kulit, mengecilkan pori-pori dan paling penting mampu menyamarkan lingkaran hitam dibawah mata.

Rendam lebih kurang 8 kelopak bunga mawar dalam 3 ke4 sudu air selama 2 ke 3 jam. Kemudian hancurkan kelopak bunga mawar tersebut di dalam air rendaman dan tambah 3 sudu madu. Campurkan hingga sebati dan sapukan pada seluruh muka. Biarkan selama 15 ke 30 minit. Bilas dengan air sejuk.

Melalui amalan-amalan ini In Shaa Allah, aura wajah akan terserlah. Perlu diingatkan juga bahawa kecantikan bukan sahaja tertumpu pada segi luaran sahaja tetapi juga dalaman.Yang penting kita kena rajin berusaha. Apa Kata Anda.. Mohon maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!

Leave a Reply